NAMA    : Yusop Latip B. Onus

      UMUR    :  54 tahun

Latar belakang 

Encik Yusop berumur 54 tahun. Beliau merupakan seorang pengerusi koperasi keluarga Yusop Latip. Namun, beliau lansung tiada kemahiran menggunakan komputer kerana di rumah beliau tidak mempunyai komputer dan tiada akses internet. Beliau selalu hadir ke pusat internet untuk menambah kemahiran ICT dan belajar cara menulis surat dan membuat permohonan di dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak didedahkan dengan manfaat penggunaan komputer & internet meskipun mempunyai kemudahan tersebut dirumah oleh kerana kekangan masa dan tiada yang boleh mengajarnya menggunakan komputer dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer terutama Microsoft Office, menaip dengan betul dan pantas. Walaupun sudah berusia beliau masih gigih untuk mencari ilmu lebih-lebih lagi pengetahuan dalam teknologi maklumat kerana beliau yakin, di zaman milenia ini, beliau perlu mahir menggunakan komputer untuk kemudahan masa hadapan.

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : SITI SARAH BINTI MOHD YUSOFF

      UMUR    :  22 tahun

 

Latar belakang 

Cik Sarah merupakan seorang gadis lepasan universiti. Beliau kini membuat kerja separuh masa dengan menjual kek brownies kedut coklat untuk mencari duit lebih bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah kek yang telah terjual adalah sebanyak 3 biji kek seminggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah pandai mempromosikan hasil jualannya di media social. Pelanggan beliau dari daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui sosial media tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM900 sebulan.

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : S.PATEMAWATI BT MOHD MOKHTAR

      UMUR    :  58 tahun

Latar belakang 

Pn Wanie berumur 58 tahun. Beliau sudah menceburi bidang perniagaan semenjak tahun 2013 bermula dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah syarikat di Manjung. Setelah suaminya bersara, beliau membuka perniagaan sendiri dan membeli lori supaya mudah bergerak dan berniaga menggunakan lorinya. Beliau berniaga di sekitar kawasan Sungai Wangi. Ada kalanya beliau akan berniaga di kampung halamannya sekitar Kampar, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM200 sahaja seminggu. Beliau tidak mahir untuk berniaga di media sosial seperti Facebook. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah pandai mempromosikan hasil jualannya di media sosial. Pelanggan beliau dari daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui sosial media tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 sebulan.

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : Noraziah Binti Mohamad Puad

      UMUR    :  28 tahun

 

Latar belakang 

Puan Noraziah telah membuka gerai yong tau fu secara kecil-kecilan di Kampung Sitiawan. Beliau mula menceburi dunia perniagaan sejak 3 tahun yang lalu. Sos Yong Tau Fu beliau telah dijual di sekitar daerah Manjung

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang telah terjual untuk sebulan hanyalah sekitar 20-30 botol

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk sos Yong Tau Fu. Pelanggan beliau dari seluruh negeri dan daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500 sebulan

____________________________________________________________________________________________

 

      NAMA    : Muhammad Nur Asyraf Bin Arshad

      UMUR    :  21 tahun

Latar belakang 

Encik Asyraf baru sahaja berumur 21 tahun. Beliau merupakan seorang pekerja separuh masa di syarikat swasta di Seri Manjung, Pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung perbelanjaan seharian beliau. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menambahkan pendapatan beliau dengan menjadi konsultan insuran

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan insuran beliau dengan kenalan yang terdekat melalui panggilan telefon atau secara bersemuka. Jumlah klien beliau pada masa itu hanyalah 2-3 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah memiliki Facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan insuran beliau. Kini klien yang ingin mengambil insuran dengan beliau sudah meningkat naik hampir 10 orang sebulan. Beliau sememangnya amat rajin dan bertekad untuk menjadi seorang konsultan insuran yang berjaya

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : Hemavathy A/P Gunawan

      UMUR    :  18 tahun

Latar belakang 

Cik Hemavathy merupakan seorang pelajar yang rajin belajar. Namun, beliau lansung tiada kemahiran menggunakan komputer kerana di rumah beliau tidak mempunyai komputer dan tiada akses internet. Beliau selalu hadir ke pusat internet untuk menambah kemahiran ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak didedahkan dengan manfaat penggunaan komputer & internet kerana tidak mempunyai kemudahan tersebut dirumah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer terutama Microsoft Office, menaip dengan betul dan pantas, dan kini beliau sudah mendapat pekerjaan sebagai kerana di bandar

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : Nur Syafiqah Arissya Bt Daud

      UMUR    :  17 tahun

Latar belakang 

Adik Syafiqah berumur 17 tahun. Beliau bakal menduduki peperiksaan SPM 2019. Beliau amat rajin ke PI Sitiawan untuk membuat kerja kursus dan menghadiri kelas di PI Sitiawan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Syafiqah kurang mahir menggunakan komputer kerana dirumahnya tidak ada komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, Adik Syafiqah kini mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus

____________________________________________________________________________________________