Taiping masyhur dengan Kuey teow dimasak dengan arang dimakan atau dibungkus menggunakan daun simpok ala-2 chinese style macam Restoran Doli dan beberapa lagi yang dah pupus di telan zaman.

Kini anda-anda yang berada di Manjung boleh menikmati Kuey Teow Kerang yang dibungkus dengan daun simpok dengan harga singgit (RM1) jee. Murah dan berpatutan bukan?

Dijual di pasar malam sekitar daerah Manjung. Antaranya Pasar Malam Kg. Sitiawan pada hari Selasa , Pasar Malam Kg. Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK) pada hari Isnin, manakala Pasar Malam Giant Manjung pada hari Sabtu dan Ahad. Selamat mencuba!

16999208  16997751

18157523  10348308

Sumber: http://menarikdi.com/kuey-teow-kerang-daun-simpok-singgit-rm1-jee/

 

Lumut SeaPort merupakan sebuah restoran yang terletak di Marina Wing Lumut, berhadapan dengan kapal KD Rahmat. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan antaranya ialah hidangan keluarga yang popular iaitu shellout yang terdiri daripada pelbagai makanan laut segar. Terdapat juga hidangan ikan bakar petai, makanan laut celup tepung dan pelbagai lagi. Restoran ini menyediakan ruang makan berhawa dingin yang selesa dan juga tingkat atas dengan pemandangan yang sangat cantik buat para pelanggan. Untuk anda yang inginkan kelainan, anda juga boleh bersantai di bean bag Lumut Seaport.

Instagram : Lumut_Seaport

Facebook Page: Lumut SeaPort

Masa Operasi:  4 petang – 12 malam

No telefon: 014 902 6037

  80 85

   88 86

 

90  17498461 1644702052213486 2374520790506279118 n

 

Sumber: http://menarikdi.com/restoran-lumut-seaport/

 

 

Restoran Iwan Grill Place terletak di No 11 Jalan SM 1d/1 berhampiran MISA (Manjung Indoor Sport Arena) menyajikan hidangan barat seperti Lobster, Steak, Pasta, Ayam Peri-peri dan juga Pizza Disamping itu, restoran ini juga menyajikan hidangan asia seperti pelbagai pilihan nasi goreng.

 

Facebook: https://www.facebook.com/Iwan-Grill-PlaceManjung-1463659870564823/

Masa Operasi:  6.30 petang – 11.30 malam

No telefon: 012-528 8794 / 014-561 3241

Lokasi: No 11 Jalan SM 1d/1, 32200 Lumut Perak

image81  image72  

image74  image76

Sumber: http://menarikdi.com/iwan-grill-place-manjung/

ROJAK MANJUNG

Restoran Rojak Manjung yang terletak di Lot 6 D'Mara Plaza, Jalan Lumut, Sitiawan merupakan salah satu restoran yang sering menjadi tumpuan para pencinta makanan.

Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis pilihan rojak dan dihidangkan bersama kuah kacang. Selain menu utamanya rojak, restoran ini juga  juga menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk untuk makan tengah hari. Antara menu popular ialah Rendang Cendawan.

Dibuka setiap hari kecuali Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 3 petang.

Encik Amer Zuraidi - 012-507 5453

3594436081 f0a98d8fa9 o

3595242286 61bff8cfce o

6192327602 16b78d48d9 o