Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer. 

 

OBJEKTIF NADI

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan
  • Merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI NADI

  • Penggunaan Internet berkelajuan tinggi
  • Perkhidmatan Fotostat
  • Perkhidmatan Laminate
  • Perkhidmatan mencetak (PRINTING)
  • Perkhidmatan mengimbas (SCANNING)
  • Perkhidmatan menebuk lubang (BINDING)
  • Kursus dan latihan ICT PERCUMA
  • eTuisyen dan kelas usahawan

 

LATIHAN YANG DISEDIAKAN DI NADI

  • Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Microsoft Office
  • Multimedia
  • Website
  • E-Pembelajaran
  • E-Dagang
  • E-Tuisyen
  • Perkakasan Komputer/PC Hardware
  • Latihan Keusahawan