SITIAWAN

Nama bandar ini dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Bahasa Melayu, iaitu Setia dan Kawan, yang telah disingkatkan menjadi Setiawan dan akhirnya disebut sebut sebagai Sitiawan.

Sejarah awal dikatakan berasal dari sekawan gajah yang melalui kampung ini, tiba-tiba seekor darinya hilang dari kumpulan itu. Seekor dari gajah jantan telah pergi mencari kawannya itu, rupa-rupanya seekor gajah betina telah lekat didalam sungai dindings. Gajah itu cuba bergerak tetapi makin lama, makin tenggelam. Gajah jantan setia menunggu kawannya dan cuba membantu. Akhirnya kedua-dua gajah itu mati dalam sungai itu. Pada mulanya kampung itu digelar Kampung Gajah Mati. Kemudian ditukar kepada Kampung Setia Kawan sempena peristiwa kematian dua ekor gajah itu itu. Sebutan Setiakawan akhirnya menjadi Sitiawan.

Pada Abad ke 19, Kampung ini berkembang menjadi pusat pentadbiran daerah Dindings. Iaitu sekitar 1870an, kapal-kapal wap memasuki pelabuhan yang menguruskan eksport bijih timah dan getah. Pentadbiran pelabuhan ketika itu adalah di bawah Kerajaan Residen Inggeris di Pulau Pinang. Kehadiran masyarakat cina yang berhijrah dari Negeri China ke kawasan ini memajukan lagi kawasan ini. Ekonomi yang rancak seterusnya memajukan bahagian Simpang Empat dan menjadi bandar Sitiawan. Kini Bandar Sitiawan terdiri dari Sitiawan, Seri Manjung, Lumut dan Pelabuhan Lumut berkembang pesat menjadi daerah Manjung daerah yang paling membangun di dalam Negeri Perak.

Sumber : Internet https://ms.wikipedia.org/wiki/Sitiawan

 

KAMPUNG SITIAWAN

Kampung Sitiawan telah dibuka oleh seorang pedagang Melayu dari Kelantan yang bernama Kulop Mat Hassan pada sekitar tahun 1820-an. Oleh kerana kedudukannya di pinggir Sungai Sitiawan, ia pesat membangun sebagai sebuah pelabuhan perdagangan. Terdapat banyak kapal dagang dan tongkang berlabuh dan menjadi pusat pengumpulan barang dagangan, hasil pertanian dan bijih timah dari kawasan pedalaman seperti Beruas dan Parit.

IMG20160113161152


Kampung Sitiawan juga menjadi Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga kini terdapatnya Bangunan Mahkamah yang membicarakan kes-kes dari Teluk Intan, Taiping dan Pulau Pinang. Bangunan itu kini dijadikan Rumah Pengakap.


Kampung Sitiawan mendapat nama dari cerita kesetiaan dua ekor gajah yang mati bersama kerana keengganan seekor gajah meninggalkan rakannya yang terperangkap di tebing pasir.Nama Kampung Sitiawan di ambil dari perkataan 'SETIAKAWAN'.

 

Sumber : Encik Mohamad Bakhid bin Hj Alwi