NAMA    : SITI SARAH BINTI MOHD YUSOFF

      UMUR    :  22 tahun

 

Latar belakang 

Cik Sarah merupakan seorang gadis lepasan universiti. Beliau kini membuat kerja separuh masa dengan menjual kek brownies kedut coklat untuk mencari duit lebih bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah kek yang telah terjual adalah sebanyak 3 biji kek seminggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah pandai mempromosikan hasil jualannya di media social. Pelanggan beliau dari daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui sosial media tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM900 sebulan.

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : S.PATEMAWATI BT MOHD MOKHTAR

      UMUR    :  58 tahun

Latar belakang 

Pn Wanie berumur 58 tahun. Beliau sudah menceburi bidang perniagaan semenjak tahun 2013 bermula dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah syarikat di Manjung. Setelah suaminya bersara, beliau membuka perniagaan sendiri dan membeli lori supaya mudah bergerak dan berniaga menggunakan lorinya. Beliau berniaga di sekitar kawasan Sungai Wangi. Ada kalanya beliau akan berniaga di kampung halamannya sekitar Kampar, Perak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM200 sahaja seminggu. Beliau tidak mahir untuk berniaga di media sosial seperti Facebook. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah pandai mempromosikan hasil jualannya di media sosial. Pelanggan beliau dari daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui sosial media tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 sebulan.

____________________________________________________________________________________________