NAMA    : Yusop Latip B. Onus

      UMUR    :  54 tahun

Latar belakang 

Encik Yusop berumur 54 tahun. Beliau merupakan seorang pengerusi koperasi keluarga Yusop Latip. Namun, beliau lansung tiada kemahiran menggunakan komputer kerana di rumah beliau tidak mempunyai komputer dan tiada akses internet. Beliau selalu hadir ke pusat internet untuk menambah kemahiran ICT dan belajar cara menulis surat dan membuat permohonan di dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak didedahkan dengan manfaat penggunaan komputer & internet meskipun mempunyai kemudahan tersebut dirumah oleh kerana kekangan masa dan tiada yang boleh mengajarnya menggunakan komputer dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer terutama Microsoft Office, menaip dengan betul dan pantas. Walaupun sudah berusia beliau masih gigih untuk mencari ilmu lebih-lebih lagi pengetahuan dalam teknologi maklumat kerana beliau yakin, di zaman milenia ini, beliau perlu mahir menggunakan komputer untuk kemudahan masa hadapan.

____________________________________________________________________________________________