USAHAWAN SHAKIRAH

      NAMA    :  Shakirah Binti Omar

       UMUR    :  34 tahun

 

Latar belakang 

Cik Shakirah merupakan seorang pembantu peribadi kepada seorang sifu Instagram, Ada Adwa yang sedang menigkat nama di negara ini. Cik shakirah mula berkenalan dengan Ada Adwa melalui informasi yang beliau dapat melalui Pi1M. Beliau menghadiri seminar Pengiklanan melalui Instagram yang Sifu Ada Adwa jalankan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Cik Shakirah menjadi ahli di Pi1M Sitiawan, Cik Shakirah hanya seorang setiausaha kampung. Beliau hanya menggunakan komputer untuk membuat minit mesyuarat & surat Kampung sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya Pi1M, kerjaya Cik Shakirah berkembang. Dengan hanya menjadi Setiausaha kampung, beliau mula menghadiri seminar usahawan yang disarankan oleh Pi1M dan kini telah menjadi seorang Peribadi kepada Sifu Intagram Ads iaitu Ada Adwa. Petugas Pi1M juga membantu Cik Shakirah membangunkan laman web untuk AuraInsta.com.

____________________________________________________________________________________________

 CELIK IT CHIEN SOO MOI 

      NAMA    :  Chien Soo Moi

       UMUR    :  62 tahun


Latar belakang 

Puan Chien Soo Moi merupakan seorang wagra emas. Beliau tidak bekerja. Beliau tinggal berdekatan dengan Pi1M.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Puan Chien Soo Moi menjadi ahli di Pi1M Sitiawan, beliau hanya duduk dirumah & melakukan kerja rumah sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Setelah menjadi ahli Pi1M, Puan Chien Soo Moi rajin ke Pi1M untuk belajar menggunakan komputer & internet. Beliau akan datang ke Pi1M untuk belajar asas  menggunakan komputer. Kini Puan Chien Soo Moi sudah mahir menggunakan komputer & mampu menaip dengan pantas.

____________________________________________________________________________________________