NAMA    : Noraziah Binti Mohamad Puad

      UMUR    :  28 tahun

 

Latar belakang 

Puan Noraziah telah membuka gerai yong tau fu secara kecil-kecilan di Kampung Sitiawan. Beliau mula menceburi dunia perniagaan sejak 3 tahun yang lalu. Sos Yong Tau Fu beliau telah dijual di sekitar daerah Manjung

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang telah terjual untuk sebulan hanyalah sekitar 20-30 botol

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk sos Yong Tau Fu. Pelanggan beliau dari seluruh negeri dan daerah berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500 sebulan

____________________________________________________________________________________________

 

      NAMA    : Muhammad Nur Asyraf Bin Arshad

      UMUR    :  21 tahun

Latar belakang 

Encik Asyraf baru sahaja berumur 21 tahun. Beliau merupakan seorang pekerja separuh masa di syarikat swasta di Seri Manjung, Pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung perbelanjaan seharian beliau. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menambahkan pendapatan beliau dengan menjadi konsultan insuran

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan insuran beliau dengan kenalan yang terdekat melalui panggilan telefon atau secara bersemuka. Jumlah klien beliau pada masa itu hanyalah 2-3 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah memiliki Facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan insuran beliau. Kini klien yang ingin mengambil insuran dengan beliau sudah meningkat naik hampir 10 orang sebulan. Beliau sememangnya amat rajin dan bertekad untuk menjadi seorang konsultan insuran yang berjaya

____________________________________________________________________________________________