NAMA    : Kazuaina Bt Mokhtar  

      UMUR    :  39 tahun

Latar belakang 

Puan Kazuaina berumur 39 tahun. Beliau sebenarnya merupakan seorang guru agama di sebuah sekolah swasta. Untuk menambah pendapatan beliau telah menceburi bidang penghasilan produk kesihatan dan kecantikan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan yang dijalankan di Pusat internet, Beliau tidakterdedah tentang perniagaan atas talian

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah mendapat ilmu pengetahuan mengenai perniagaan atas talian untuk mempromosikan hasil produk

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : Tanusha A/P Sivanesan

      UMUR    :  14 tahun

 

Latar belakang 

Adik Tanusha merupakan seorang pelajar yang rajin belajar. Namun, beliau tidak mahir menggunakan komputer kerana di rumah beliau tidak mempunyai computer dan akses internet. Selain itu, penggunaan computer di sekolah juga amat terhad

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak didedahkan dengan manfaat penggunaan komputer & internet kerana tidak mempunyai kemudahan tersebut dirumah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengikut ibu saudaranya iaitu Pn Viknesawary ke Pusat Internet pada setiap hari Rabu dan khamis untuk mengikuti latihan asas ICT. Kini, beliau semakin mahir menggunakan komputer 

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    :  Maheswari A/P Sinniah

      UMUR    :  56 tahun

 

Latar belakang 

Pn Maheswari berumur 42 tahun. Beliau sebenarnya mempunyai diploma dan familiar dengan computer sebelum ini. Namun, setelah berkahwin dan menjadi suri rumah, beliau telah meninggalkan sepenuhnya dunia ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Pn Maheswari mahir menggunakan komputer, namun akibat terlalu lama tinggalkan dunia ICT, beliau telah terlupa cara-cara menggunakan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Maheswari merupakan seorang yang amat nekad untuk belajar mengenai ICT. Beliau akan datang ke kelas ICT yang diadakan di PI Sitiawan

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    : Vikneswary A/P Ramalingan

      UMUR    :  32 tahun

 

Latar belakang 

Pn Vikneswary sebelum ini merupakan seorang pekerja sector swasta. Namum akibat masalah kesihatan, beliau terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Setelah mendengar mengenai kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet, beliau mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet Sitiawan & kini belajar menceburi dunia perniagaan secara kecil-kecilan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti latihan yang di jalankan di Pusat internet, Beliau tidak mempunyai pendapatan bulanan. Beliau sekadar mengharapkan duit yang diberi oleh suami. Kini, pendapatan beliau sekitar Rm500 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sitiawan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau

____________________________________________________________________________________________

      NAMA    :  Vanisrie A/P Krishnan

      UMUR    :  24 tahun

 

Latar belakang 

Cik Vanisrie seorang yang berbangsa india. Beliau rajin berusaha dan sedang belajar mempertingkatkan ilmu bridal.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Vanisrie sebelum ini berkerja sebagai sale promoter dia pasaraya Aeon, namun sekarang telah berhenti kerana terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kakinya tidak seperti sebelumnya. Di sebabkan masalah kesihatan, Cik Vanisrie cuba belajar untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Vanisrie selalu datang ke PI untuk menghadiri kelas latihan ICT yang dijalankan dan mengemaskini maklumat perniagaan serta mempromosi perniagaannya melalui laman facebook.

____________________________________________________________________________________________