USAHAWAN KHADIJAH

      NAMA    :  Khadijah Binti Zainal Abidin

       UMUR    :  50 tahun

 

Latar belakang 

Puan Khadijah merupakan seorang usahawan yang mengusahakan pelbagai jenis produk batik seperti set mencanting batik, ukiran frame, labu sayong, dan lain-lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum Puan Khadijah menjadi ahli di Pi1M Sitiawan, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk  bulanan adalah dalam lingkungan 50 – 100 produk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Sitiawan, beliau kini telah memiliki Facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

____________________________________________________________________________________________

 CELIK IT KHAIRI

      NAMA    :  Muhammad Khairi bin Mohd Sabri

       UMUR    :  12 tahun


Latar belakang 

Adik Khairi berumur 12 tahun. Beliau merupakan anak seoarang nelayan. Beliau amat rajin ke Pi1M Sitiawan dan selalu menghadiri setiap kelas yang dijalankan di Pi1M Sitiawan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, adik khairi kurang mahir menggunakan computer kerana dirumahnya tidak ada komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah menjadi ahli Pi1M, adik Khairi kini mahir menggunakan computer setelah menghadiri kelas ict yg dianjurkan di Pi1M.

 

____________________________________________________________________________________________