USAHAWAN SHAFIK

      NAMA    :  Mohamad Shafik

       UMUR    :  32 tahun

 

Latar belakang 

En  Shafik  merupakan usahawan muda yang berumur 32 tahun. Beliau mengusahakan pelbagai produk antaranya ialah mee kuning, roti canai segera dan lain-lain lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, En Shafik hanya berniaga secara ‘offline’ kerana beliau tidak pandai menggunakan internet sebagai platform perniagaan.

  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya Pi1M, En Shafik lebih terdedah dengan perniagaan melalui facebook dan dashboard komuniti myshop. Selain itu, beliau juga pernah mengikuti program untuk memohon gran dari PPRN yang di anjurkan oleh kluster Hilir Perak. 

____________________________________________________________________________________________

 CELIK IT AZIZAH

      NAMA    :  Azizah Binti Abd Rahim

       UMUR    :  46 tahun


Latar belakang 

Pn Azizah berumur 46 tahun, beliau merupakan seorang setiausaha kampung. Jawatan ini memerlukan beliau banyak menggunakan computer dan Microsoft office untuk membuat minit mesyuarat, memohon sumbangan untuk kampung dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Pn Azizah tidak pandai meggunakan komputer. Beliau hanya tulis di atas kertas kemudian akan menyuruh anaknya menaip semula.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya Pi1M, Puan Azizah dapat belajar menggunakan komputer untuk membuat minit mesyuarat, menggunakan email, dan membuat kertas kerja untuk memohon sumbangan.

____________________________________________________________________________________________