WARUNG ROTI CANAI PAK TAM 

Sebut sahaja roti canai pasti sahaja terlintas difikiran penduduk setempat terutama di kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Lumut akan kelazatan roti canai Pak Tam atau lebih dikenali sebagai roti canai tepi sungai kerana lokasi warung yang terletak di tepi muara sungai Sitiawan di Kampung Sitiawan.

 

DSC 0046

Warung yang terletak di muara sungai ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah.

Pelanggan warung Pak Tam bukan sahaja dari kalangan pelanggan Melayu malahan ramai pelanggan Cina dan India juga turut bersarapan di sini.

 

  

vGOPR1

Roti canai di warung Pak Tam dihidangkan bersama satu kuah sahaja iaitu kari ikan.

 

IMG 4485

Selain roti canai warung Pak Tam juga menyediakan meja yang meletakkan hasil jualan penduduk kampung sekitar seperti nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan pelbagai jenis kuih-muih.

 

IMG 4489

Selain roti canai menu yang mendapat perhatian di warung Pak Tam ialah nasi lemak ikan yang dibungkus dengan daun pisang.