YONG TAU FOO ASTAKA 

Antara kedai makanan yang menjadi tumpuan di kawasan Sitiawan, Manjung & Lumut ialah Yong Tau Foo (YTF)

YFT yang sering menjadi pilihan warga Manjung & Sitiawan ialah Yong Tau Foo Astaka.

Kedai ini terletak di medan selera Padang Astaka.

Asal usul YTF sebenarnya ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka.

Namun pemilik kedai ini telah mengubah sedikit resepi sambal sosnya lebih pedas yang lebih menepati citarasa orang melayu kita.

YTF Astaka ini menghidangkan pelbagai jenis pilihan bebola & sayur-sayuran dengan harga yang berpatutan.

Kedai ini dibuka pada waktu petang hingga malam.

Jadi, untuk penggemar YTF sup bolehlah  datang berkunjung disini untuk menikmatinya.

 

yong

yong1

WARUNG HUJUNG TANJUNG

 

Sebuah warung yang terletak berhampiran Taman Rekreasi Kampung Sitiawan ini sering menjadi tumpuan pelanggan untuk menikmati minum petang sambil melihat suasana sungai yang mendamaikan.

Rojak Buah, Mee Kari, Laksa, Mee & Koeytiaw Goreng ialah antara juadah yang patut anda cuba sekiranya singgah  di warung ini.

Tambahan pula, harga makanan di warung ini sangat berpatutan setimpal dengan kelazatannya.

 

AGOPR2964

 

GOPR2960

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

WARUNG ROTI CANAI PAK TAM 

Sebut sahaja roti canai pasti sahaja terlintas difikiran penduduk setempat terutama di kawasan Sitiawan, Seri Manjung dan Lumut akan kelazatan roti canai Pak Tam atau lebih dikenali sebagai roti canai tepi sungai kerana lokasi warung yang terletak di tepi muara sungai Sitiawan di Kampung Sitiawan.

 

DSC 0046

Warung yang terletak di muara sungai ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya pada hari minggu dan cuti sekolah.

Pelanggan warung Pak Tam bukan sahaja dari kalangan pelanggan Melayu malahan ramai pelanggan Cina dan India juga turut bersarapan di sini.

 

  

vGOPR1

Roti canai di warung Pak Tam dihidangkan bersama satu kuah sahaja iaitu kari ikan.

 

IMG 4485

Selain roti canai warung Pak Tam juga menyediakan meja yang meletakkan hasil jualan penduduk kampung sekitar seperti nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan pelbagai jenis kuih-muih.

 

IMG 4489

Selain roti canai menu yang mendapat perhatian di warung Pak Tam ialah nasi lemak ikan yang dibungkus dengan daun pisang.