TARIKH : 10September 2021 MASA : 2.00 petang - 2.30 petang PESERTA : 1 orang LOKASI : PIK Sitiawan |
Objektif :
Membantu komuniti setempat, terutamanya warga tua yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar serta menggunakan aplikasi MySejahtera.
Aktiviti :
Petugas membantu peserta untuk menambah tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar peserta.
____________________________________________________________________________________________
TARIKH : 18 & 19 September 2021 MASA : 9.00 pagi - 5.00 petang PESERTA : 2 orang LOKASI : PIK Sitiawan |
Objektif :
Memberikan pendedahan kepada pelajar khususnya dalam aspek komunikasi terhadap pelbagai situasi seperti dalam aktiviti pengurusan dan kepimpinan. Ia ertujuan untuk mewujudkan belia yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang hebat dan bersemangat patriotik yang tinggi.
Aktiviti :
Program ini dijayakan dengan panel penceramah yang profesional dalam bidang kenegaraan iaitu, Encik Haslizar Rozally atau lebih dikenali sebagai Coach Along. Turut hadir rakan sekerjanya, Encik Kamal Affandi selaku panel penceramah untuk sesi petang.
Antara maklumat yang dapat disampaikan dalam kursus ini adalah tentang perbezaan patriotisme dengan nasionalisme, 4 tahap pembelajaran Maslow, elemen pembentukan negara, sejarah negara, rukun negara, perlembagaan, dan aspek-aspek kepimpinan.
Video dan kuiz ringkas tentang kepimpinan dan kenegaraan turut dipersembahkan sebagai hiburan bagi menarik perhatian para peserta. Hadiah turut diberikan kepada peserta yang menang dalam pertandingan kuiz.
____________________________________________________________________________________________
TARIKH : 4 Ogos 2021 MASA : 9.00 pagi - 12.00 t/hari PESERTA : 3 orang LOKASI : PIK Sitiawan |
Objektif :
Membantu usahawan untuk menjadi lebih produktif dalam meningkatkan jualan dengan menggunakan aplikasi E-Dagang (Shopee) serta memasarkan produk jualan dalam platform Shopee.
Aktiviti :
TARIKH : 4 September 2021 MASA : 2.00 petang - 4.00 petang PESERTA : 3 orang LOKASI : PIK Sitiawan |
Objektif :
DCS dijalankan adalah Pembestarian Sekolah (2016-2020) dengan penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Ia juga bertujuan sebagai peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM. Penilaian murid berasakan keberhasilan dengan melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia atau Digital Tech @ Schools.
Aktiviti :
Peserta menjawab soalan dalam bentuk atas talian (online) dengan menggunakan DCS (Digital Competency Score) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.
TARIKH : 26 Ogos 2021 MASA : 10.00 pagi - 12.00 t/hari PESERTA : 1 orang LOKASI : PIK Sitiawan |
Memberi pendedahan kepada komuniti dengan alternatif lain yang boleh digunakan untuk memperbaharui lesen memandu tanpa perlu membuat temujanji dan walk in ke agensi terlibat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Aktiviti :