TARIKH : 8 Jun 2023 MASA : 3.00 petang - 5.00 petang PESERTA : 1 orang LOKASI : PEDI Sitiawan |
Objektif :
Memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan Microsoft word untuk membuat surat dan dapat membantu peserta untuk berurusan.
Aktiviti :
Peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar tentang cara membuat surat menggunakan Microsoft word dan langkah - langkah untuk membuat surat mengikut format surat kiriman rasmi. Selain itu, peserta juga dapat menambah baik penggunaan dalam komputer supaya dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin
Aktiviti :
Lihat gambar disini
_________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 11 Jun 2023 MASA : 3.00 petang - 5.00 petang PESERTA : 2 orang LOKASI : PEDI Sitiawan |
Peserta ingin menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Perniagaan
Petugas membantu dalam penggunaan Microsoft Word dan penyusunan dokumen kerja kursus. Dengan kemudahan capaian internet dan bantuan petugas, peserta dapat menyiapkan kerja kursus dalam tempoh yang diberikan
Lihat gambar disini
_________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 15 Ogos 2022 MASA : 3.00 petang - 5.00 petang PESERTA : 2 orang LOKASI : PEDI Sitiawan |
Untuk memberi peluang kepada peserta untuk bermain permainan berunsurkan pendidikan.
Aktiviti e-Learning seperti ini akan dapat menarik peserta untuk mengulangkaji pelajaran sambil bermain permainan secara online. Peserta bermain permainan pendidikan setelah diberi penerangan oleh petugas.
_______________________________________________________________________________________________________
TARIKH : 16 Ogos 2022 MASA : 9.00 pagi - 12.00 t/hari PESERTA : 20 orang LOKASI : PEDI Sitiawan |
Untuk memberi pendedahan awal kepada dunia ICT
Untuk mewujudkan jalinan kerjasama berterusan antara pengurusan PEDi dengan pengurusan Tabika Perpaduan Taman Samudera Baru
Aktiviti :
Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai asas komputer, fungsi juga cara pengunaan. Peserta diberi peluang untuk bermain pendidikan secara online di laman web http://www.abcya.com/ dan juga menjawab kuiz kemerdekaan online di laman web http://quizizz.com/
_______________________________________________________________________________________________________