Peserta diberi penerangan ringkas tentang pendaftaran secara atas talian dan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran dalam laman web https://online-manjung.mpm.gov.my/ebazar/ 

 

Lihat gambar disini

____________________________________________________________________________________________

Aktiviti :

Pengunjung diberi penerangan ringkas tentang perkhidmatan dan kemudahan serta aktiviti yang sering dilaksanakan oleh pihak Pusat Internet. Selain itu, pengunjung seronok dapat membuat aktiviti seni & kraf tanglung, menjawab kuiz dan memperolehi hadiah dari pihak Pusat Internet. 


Lihat gambar disini

____________________________________________________________________________________________

Memberi peluang kepada peserta mengisi masa lapang cuti sekolah mereka dengan pelbagai aktiviti berasaskan kemahiran ICT.

Aktiviti :

Peserta menggunakan laman web www.tutor.com.my sebagai aplikasi pembelajaran untuk membuat ulangkaji pelbagai subjek.

____________________________________________________________________________________________

Menarik lebih ramai kaum wanita mengunjungi PI.

Mengenali dan menilai masalah dan keadaan kulit.

Peluang dalam menjana pendapatan.

 

Aktiviti :

Peserta menganalisis kulit wajah untuk mengenal pasti jenis kulit wajah masing-masing dan menilai masalah dan keadaan kesihatan kulit yang tidak nampak secara mata kasar. Peserta diberi tunjuk ajar cara penjagaan wajah dengan betul. Peserta juga diberi penerangan tentang cara menjana pendapatan dalam bidang kecantikan. Kemudian sesi soal jawab sekiranya mereka mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan.

Lihat gambar disini

____________________________________________________________________________________________

Memberi penerangan mengenai panduan untuk mengisi permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mendaftar buat pertama kali serta melengkapkan permohonan sebelum dihantar secara atas talian (Online).

____________________________________________________________________________________________