Events Calendar

PROGRAM PEMASARAN DIGITAL WANITA E-JUWITA
Tuesday, October 31, 2023, 08:00am - 06:00pm
Hits : 1
Contact 011-36353402 / 013-4293539

??MOH YONG PROGRAM PEMASARAN USAHAWAN WANITA PERAK PERCUMA!??

PROGRAM PEMASARAN DIGITAL WANITA e-JUALAN WANITA (e-JUWITA) NEGERI PERAK

Tempat : Pedi Sitiawan

Masa : 9.00am-5.00pm

Tarikh : 31/10/2023

 

Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan mengadakan Program e-Juwita Negeri Perak.

Program bantuan pemasaran digital percuma selama sehari ini memberi peluang kepada 720 usahawan wanita Perak yang melibatkan 24 parlimen di seluruh Negeri Perak

OBJEKTIF

Program ini adalah untuk memberi pendedahan dan teknik yang betul dalam memasarkan produk usahawan wanita perak melalui platform digital.

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1. Usahawan wanita perak termasuk peniaga, penjaja kecil atau di rumah yang berumur 18 hingga 60 tahun

2. Mempunyai SSM yang berdaftar di negeri Perak dan masih sah;

3. Perniagaan beroperasi di Negeri Perak;

4. Mempunyai sekurang-kurangnya akaun bank peribadi atau akaun bank syarikat, mempunyai QR cashless, produk atau perkhidmatan;

5. Mempunyai produk dan perkhidmatan yang ingin dipasarkan melalui atas talian;

6. Permohonan Pendaftaran diperakui atau disokong oleh mana-mana Agensi/Jabatan usahawan di Negeri Perak; dan

7. Mempunyai asas pengetahuan dalam platform atas talian (pendigitalan) seperti boleh menggunakan telefon pintar dan telah mempunyai akaun emel sekurang-kurangnya.

MODUL YANG AKAN DIDEDAHKAN

Modul : 1 :Keusahawanan meliputi asas Business Model Canvas (BMC)

Modul 2 :Penjenamaan dan pembungkusan - promosi

Modul 3 :Media Sosial, Content Marketing

Modul 4 :Trademark Branding

Usahawan wanita perak yang berminat, ayuh isi Sistem Maklumat Usahawan Perak berserta dokumen-dokumen yang diperlukan di link berikut:

https://step.perak.my/sme/ ;

Semua pemohon wajib mengisi Sistem Maklumat Usahawan Perak sebelum mengisi borang pendaftaran E-Juwita di link berikut :

https://forms.gle/q2FAG3cCrWPTi8Ep6

Permohonan dibuka bermula 1 September 2023 dan sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas sebelum tarikh kursus yang dipilih, anda boleh beranggapan permohonan anda tidak berjaya.

Moh ler komer usahawan wanita perak digitalkan pemasaran perniagaan anda!!

#e-Juwita #wanitaperak #excowakeUP #jombantuusahawanperak #usahawanitaperak #peraksejahtera2030 #STeP #digitalkanperniagaan

Location PEDI SITIAWAN